Monday, July 13, 2009

Dah berapa minggu...?

Assalamualaikum wbt buat pengunjung blogku yang tak ter'update' ini..

Alhamdulillah..selayaknya pujian dan kesyukuran pada-Nya yang menghidupkan dan mematikan kita..yang mengurniakan pelagai nikmat yang kadang-kadang kita lupa untuk mensyukurinya..

"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh adalah leibih baik pahalanya di sisi TuhanMu serta lebih baik untuk dijadikan harapan." (al-Kahfi :46)

Tidak salah untuk kita memiliki kesenangan dan kemudahan kerana ia hasil kurniaan Allah. namun kita perlu bijak memanfaatkan yang sementara ini supaya ia menjadi suatu yang lebih tahan lama dan boleh dimanfaatkan semula di akhirat kelak. Bagi yang mempunyai anak, didiklah mereka menjadi anak-anak yang soleh. Bagi mereka yang berharta, manfaatkan harta itu untuk melakukan kerja-kerja kebaikan, sucikan harta itu dengan berzakat serta sedekahkan kepada mereka yang memerlukan....( sekelumit bait-bait tulisan buku HIDAYAH karya Tok Guru yang saya sanjungi..)

Alhamdulillah, dengan izinnNya saya kembali segar, sihat, kuat dan berdaya.. terasa badan sedikit bertenaga berbanding hari2 lalu selama sebulan saya mengalami alahan muntah2 dan tiada selera makan... kini mual2 sudah berkurangan..

Petang tadi ketika saya berbaring, anak sulung saya Muaz mengusap2 perut saya sambil memanggil2 'baby girl'..kepingin adik perempuan rupanya dia..."Muaz tengok macam perut mama besar sikit jer...dah berapa minggu ni, 12 minggu ker...?"..ke 7 minggu...?"Soal Muaz.. "Aikk..macammana Muaz tahu ni kalau baby dalam perut berapa minggu..?" Saya ajukan soalan pada Muaz semula...saya terasa agak hairan jugak macam mana anak saya yang berusia 6 tahun ini tahu selok-belok perkembangan janin dalam perut.. "Muaz tengok di TV laa.. kalau baby umur 36 minggu kan, baby besar sangat dalam perut..Muaz tengok dalam TV hari tuu.." Jawab Muaz penuh confident...

Sebenarnya anak saya si Muaz ni suka bertanya bermacam2 soalan sampai kekadang saya pening untuk memberi jawapan yang terbaik selari dengan usianya 6 tahun.. kadang2 soalan yang melibatkan aqidah yang amat merisaukan saya.. pernah terpacul daripada mulutnya "Mama, semua kita2 yang di dunia ni Allah jadikan.. sebelum Allah jadi, siapa yang jadikan Allah..?
"Mama..kenapa orang lelaki kena kawin dengan orang perempuan, tak boleh lelaki dengan lelaki..?"
"Mama..kenapa ada pantai? kalau tak ada pantai tak boleh ker...?"
"Mama..bila kita boleh tengok Allah?"
"Mama.. kalau kita mati, di dalam kubur umur kita berapa? Masih kanak2 ker dah dewasa?"
"Mama..dalam solat tu ada batal..batal tu apa?" Kenapa ketawa tu batal.."(agaknya dia belajar kat tadika bab2 ni..)
"Eh siapa di sebelah ustazah tu?(ketika ternampak GPI sekolah dengan seorang lelaki di dalam kereta) Jawab saya.." suami dia la.." Eh kenapa dulu tahun 2008 dia belum kawin...kenapa sekarang dia kawin..?"Tanya Muaz.. pening la eden nak jawab soalan budak ni..

dan macam2 lagi soalan yang kadang2 saya tak terlayan..

Baru ni exam Pertengahan Tahun di tadikanya Muaz dapat nombor 1. BM, English, Maths,Science,b.Arab dapat 100 markah..Pendidikan Islam dapat 90% salah suaikan sifat2 wajib bagi nabi dan nama2 Kitab yang diturunkan pada nabi2..Tinggi jugak silibus buku teks tadika ni..sedangkan tajuk2 tersebut diajar ketika murid tahun 3 di sek rendah...

Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini.. anak2 penyejuk mata dan penawar hati.. namun saya sentiasa berwaspada agar penyakit2 hati tidak bersarang di jiwa saya..saya sentiasa berdoa semoga anak2 yang dikurniakan ini menjadi anak2 yang soleh dan dapat menyumbang tenaga, jiwa dan raga untuk Islam di muka bumi ini.. dan semoga saya bertemu dengan Allah suatu hari nanti dalam keadaan hati yang bersih sentiasa dirahmati dan diredhaNya...


6 comments:

AMEER_THABAT on July 14, 2009 1:03 AM said...

Wslm...dah lama dok jenguk blog hg yang x update.rupa2nya dah ada alahan plak yerrrrr...TAHNIAH..dah brpa bulan.betul la kata Najib pd mak Pitah hari tu...pasai Mak Pitah blh lahir ramai anak xkan dia xblh....hehe.
Keta baru dah dapat ke..murah sungguh rezeki hangpa no.Alhamdulillah...

maisarah on July 14, 2009 9:10 AM said...

Tahniah Kak Ummai..moga bahagia dan murah rezeki selalu..pandainya Muaz,susah jg nak jwb soalan2 bonus dia tu... ^_^

FirJah on July 14, 2009 9:39 AM said...

rindunyaaaa anak2 makndak ni yang bijak bestari..!!
kalau trg ke damansara 2 jam jer.. tentu mak ndak akan selalu ke sana.. jadi bibik mama..hihi...
muaz plak tentu sangat gumbira kan?? nanti mak ndak plan nak g plak KL utk amik barg2 pak ndak kat umh kak long di bangi.. tp bila tu tak pasti... cuti sekolah nanti muaz ikut mak dak dok kat trg yer!!

Zaimah on July 14, 2009 8:59 PM said...

Mabruk! Murah rezeki akak.. dah nak masuk 4. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan kepada akak sepanjang kehamilan ini..

cik ct payung on July 15, 2009 2:05 PM said...

patutla lama menyepi diri...ada 'ahli baru' nak datang. tahniah!!! hopefully this time around its a girl. insyaallah, amin.....
aniq pn mcm muaz, soalannya kadang2 memerlukan mama menaakul dgn mendalam sebelum menjawab.

Anonymous said...

TAhniah kak Ummai! kita follow dari belakang...

 

~NajMie1422~ Kita Mulia Kerana ISLAM Copyright © 2009 Summer cloud is Designed by Bie also edited by Haqieart