Saturday, November 14, 2009

"mood yang hilang..."

Bismillaahirrahmaanirrahiim..

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. segala puji hanya layak bagiNya, pemilik kuasa mutlak alam dunia dan akhirat.. Solawat dan salam penuh takzim buat junjungan mulia pemimpin agung Muhammad Rasulullah S.A.W, seisi keluarga serta para sahabat yang tetap setia mempertahankan kebenaran..

"Mood yang hilang.." hmm..bukan "Damai yang hilang.."... susahnya nak mengembalikan mood saya untuk mencoret kembali di sini..

Semenjak syawal dulu sehingga hari ini, banyak peristiwa, kisah, ujian dan pelbagai ceritera daripada sahabat di keliling saya yang membuatkan saya berfikir, bertafakur, muhasabah diri dan sentiasa berdoa padaNya.. memohon padaNya agar sahabat2 di sekeliling saya dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujianNya dan memohon agar saya tidak diuji dengan sesuatu yang saya tidak mampu lalui.

Sahabat saya yang diuji anak kecilnya di tahan wad kerana mengalami jangkitan kuman pada paru2, sahabat saya yang dibedah kerana mengalami fibroid, rakan sekerja saya di sekolah kehilangan kereta dilarikan kawan baik sendiri, pemergian si anak kecil akhi Ramadhan Fitri, kesakitan yang ditanggung sahabat baikku Hasnita Rejab mengalami Hellp Syndrom ( darah tinggi, platlet darah kurang) hatinya luka, asid urik terlalu banyak di dalam badan, air kencing mengandungi protein akibat kegagalan fungsinya buah pinggang dan berita terkini semalam salah seorang adik junior UM kembali kerahmatullah setelah berperang dengan sakit kanser Tiroid selama 2 tahun..semoga Allah mencucuri rohnya dan digolongkan beliau di kalangan muttaqin...

Ya Allah..tabahkanlah hati mereka.. Ya Allah..kuatkanlah semangat mereka... Ya Allah, kurniakanlah kesabaran yang tinggi di hati mereka..semoga mereka di kalangan orang yang sabar dan redho.. inilah yang mampu aku doakan buat mereka kerana kejauhan yang membataskan kita untuk bertemu muka...

Ujian kecil untuk saya mengandung kali ini...low/placenta previa ataupun uri berada di bawah setelah di scan 2 minggu lepas..namun bukanlah kritikal sehinggakan berlaku pendarahan..
InsyaAllah dengan izinnya, uri akan naik kembali...namun saya redha jika iradatNya uri tidak juga naik.. maka saya perlu persiapkan fizikal dan mental untuk menempuh saat melahirkan secara secearian buat kali kedua selepas melahirkan Muaz 6 tahun yang lalu... namun saya berdoa agar saya dapat bersalin normal seperti anak kedua dan ketiga dulu... bagi sahabat2 dan rakan2 yang terbaca entry ini, tolong doakan sama yer... due bersalin saya InsyaAllah penghujung Januari 2010..


Continue Reading...

Saturday, September 19, 2009

SALAM I'DUL FITRI 1430H

Assalamualaikum wbt kepada semua...

Di kesempatan ini saya dan suami Mohd Najib bin Husen ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada salah silap yang masih berbekas di hati saudara mara, sahabat2, rakan2, kawan2, dan sesiapa yang mengenali diri kami..

Kepada sahabat2 dan rakan saya yang pernah bersama di Maktab Mahmud Puteri & Putera Alor Star 1990-1997, Pusat Bahasa Arab Nilam Puri 1997 , APIUM Nilam Puri 97/98, APIUM Kuala Lumpur 99-2002, di Kolej 8 UM 1999/2001, KPLI jQAF Kohort 2 IPPM Melaka 2006
dan
sahabat2 dan rakan2 suami di SMK Dato' Mansor, Bahau SPM 1995
Pusat Asasi Sains UM 96-97
Fakulti Kejuruteraan UM 98-2003
Kolej 8 UM 98-2001
dan rakan2 seperjuangan PMIUM

SELAMAT HARI RAYA 'IDUL FITRI 1430H
dan mohon kemaafan di atas keterlanjuran bahasa..
ketidakmanisan tingkah laku..
من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخيير


Kami
MOHD NAJIB B HUSEN
UMMAI KALSOM BT MOHD KASIM
MUAZ B MOHD NAJIB
'AMMAR B MOHD NAJIB
ANAS B MOHD NAJIB

p/s : dijemput semua bertandang ke rumah kami di Kota Damansara selepas 26 September 2009

Continue Reading...

Wednesday, September 9, 2009

090909-Salam 19 Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan Kareem..

19 hari dah berlalu..meninggalkan saya dan kita semua..Masih berbaki 11 hari lagi..sempatkah saya.. mampukah saya.. Ya Allah..kurniakan daku kekuatan...

Saya agak ketinggalan... saya amat rindukan solat terawih beramai-ramai ketika zaman student dulu..di Nilam Puri dan dan APIUM KL.. boleh berjemaah..dan mendengar tazkirah.. tapi kini, bukan hanya sekadar solat terawih berseorangan, nak khusyuk pun susah.. si anak yang kecik bergayut2 menarik kain telekung sembahyang... menangis2 minta di dukung... bila nak baca al-Quran, si anak kecik ini pun nak baca sama..sibuk nak pegang jugak.. HENDAK SERIBU DAYA... ia bukan satu alasan untuk saya tidak menjadi peserta yang terbaik dalam madrasah tarbiyyah yang hanya sebulan dalam setahun ini...

Tahniah kepada ibu2 yang berjaya mendidik anak2 kecil mereka untuk belajar berpuasa.. saya masih gagal... anak saya Muaz yang berumur 6 tahun ni, seorang yang kuat makan kira-kiranya..beratnya dah mencecah 29kg.. Hari pertama puasa di Kedah dulu dia hanya berjaya menahan lapar sehingga jam 12 tengahari sahaja... itu pun merayu2 untuk makan.." mama..Muaz rasa macam nak pengsan ni..." saya yang tak sampai hati pun kasi jer lah dia makan, kemudian puasa semula..

2 hari lepas pun sama...waktu tengahari Muaz akan makan.. kemudian puasa semula.. tiba sahaja pukul 5 petang, Muaz minta nak makan.. dah lapar sangat2 katanya.. tapi saya tak izinkan.. sehinggalah dia tertidur... pukul 6 petang Muaz bangun dan minta nak makan...
"Mama dah pukul 6.40 petang ni..di Sabah dah boleh buka puasa ni..." saya hanya mengiyakan..
" Mama jom la kita pergi duduk di Sabah.. di Sabah boleh buka puasa awal...nanti habis bulan Ramadhan kita balik la sini..." cakap Muaz lagi... ( ish budak ni...dia ingat Sabah tu dekat ke?)

Semalam saya tahan dia makan lagi.. walaupun dia dah makan tengahari, memang tak tahan daulat si anak saya sorang ni...nampak ja si adiknya Ammar makan, dia pun nak join sama..walaupun dia mengaku nak puasa... petang semalam saya masak mi goreng makanan favourite nya dan goreng nugget.. Muaz datang sambil menghidu2 makanan..." Eh, jangan makan, kan puasa tu..?" kata saya..." Muaz tak makan pun..ambil bau ajer.." jawab Muaz..
Saya masih di dapur..kemudian saya tengok Muaz datang di meja makan..." Muaz makan ? " tanya saya... " Tak...Muaz jilat ajer..." katanya... hishh budak ni...

Seketika kemudian, dengan monyoknya Muaz datang pada saya..." Mama...Muaz rasa macam nak mati dah...lapar sangat2 ni...".. aduhh..budak ni sebut nak mati pulak..mana la ada orang mati kerana puasa... saya pun lembut hati sikit dan bagi chance untuk dia makan.."tapi sikit ja.. tunggu azan maghrib karang yer.."

Hari ni pulak, agak lama sikit Muaz dapat bertahan..itupun pukul 2 petang... balik rumah makan mi goreng dan minum milo..kemudian puasa semula...buat setakat sekarang dia masih belum minta nak makan lagi... tapi saya tak yakin dia mampu bertahan hingga maghrib...huhu.. Muaz..Muaz...


Continue Reading...

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua...
Semoga Allah berikan kita kekuatan dan istiqamah dalam mempertingkatkan amal ibadah kepada-Nya


dan

SELAMAT BERCUTI kepada Ustaz,Ustazah , Cikgu dan Cikgu semua...
Selamat balik kampung...
Selamat buat persiapan untuk exam PTK...
Semoga semua berjaya...



Continue Reading...

Friday, August 14, 2009

Golongan berisiko..


Saya salah seorang mereka yang berisiko...
Anak-anak saya juga...
Kesimpulannya jangan bawa jalan pergi mana-mana...
dan saya pun tak payah keluar bershopping...
kalau beraya tahun ni tanpa baju raya yang baru pun tak apa..
baju anak-anak pun dah lama tak beli yang baru...
suruh encik suami sayalah yang belikan...

Ya Allah...selamatkanlah kami sekeluarga daripada marabahaya wabak ini...
lindungilah juga saudara-mara dan sahabat-sahabatku...
dan juga muslimin muslimat walau di mana berada...


Continue Reading...

Wednesday, July 29, 2009

Ujian - Tarbiyyah daripada Allah

Assalamualaikum semua...



Salam Syaaban yang penuh kemuliaan, semoga kita diberi kekuatan oleh Allah untuk merebut peluang membuat amal kebajikan di bulan yang mulia ini dan kita diberi peluang oleh Allah untuk bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan..InsyaAllah..

Entry kali ni teringin nak berkongsi satu kegembiraan kami sefamily tapi saya tangguhkan dulu sebab saya baru berkongsi kesedihan dengan seorang sahabat saya yang diuji Allah dengan anaknya yang sakit.. sebenarnya saya amat terkejut bilamana terbaca dalam email alumni saya iaitu AQRAB apabila ucapan takziah dan kata2 semangat diberikan kepada sahabat saya Noor Hidayati yang mesra dipanggil Ida...(sama2 sekelas di Maktab Mahmud, kemudian dia ke KISAS..kemudian kami sekelas di UM Nilam Puri dan sekelas di UMKL sehingga tamat pengajian).. begitu jugak sahabat2 kami seUM Wahyunah+Fadli dan Arif diuji dengan anak yang sakit dan terpaksa berkampung di hospital. Saya mendoakan mereka tabah dan anak cepat sembuh...ada entry khas untuk mereka oleh sahabat saya Hamidi .

Saya baru sahaja menelefon Ida... cerita sedihnya bermula pada 20 Jun lepas... babynya baru berusia 5 bulan..selepas mengambil babynya di rumah pengasuh, babynya nangis2..malamnya bila minum susu, babynya muntah terpancut... Ida dan suami ingatkan hanya sekadar sakit perut atau kembung perut.. keesokannya Ida bawak babynya ke klinik swasta dan doktor bagitau anaknya sakit perut... lega rasa di hatinya... tapi bila di rumah tanpa disangka2 anaknya kena sawan tarik beberapa kali...hatinya gundah gulana..terus di bawa ke hospital kerajaan.. daripada hospital pertama dipindahkan ke hospital ke2 dan seterusnya ke GH..saya tak tanya pulak GH kat Penang apa namanya.. doktor buat city scan dan didapati terdapat pendarahan dalam otak babynya..ada pendarahan lama dan baru..doktor cakap babynya kritikal dan tiada pilihan lain melainkan operate buang darah beku tersebut...Ida pasrah dan redha..

Alhamdulillah operation berjalan lancar dan babynya berada dalam ICU hanya 1 hari sahaja dan dipindahkan ke wad biasa.. Katanya sekarang babynya ok dan perlu diberi rawatan susulan beberapa kali selepas ini.. Saya yakin sahabat saya ini sabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan ini..dia mengharapkan doa daripada kawan2.. ya..saya kata padanya kami doakan dari jauh.. punca darah beku tersebut?? TAK TAHU... seingatnya babynya tak pernah jatuh atau dikasari..namun dia redho atas ketentuan Allah ini...

............................................................................................................

Saya juga pernah diduga oleh Allah... ketika itu saya belum matang...1 tahun usia perkahwinan...ketika usia saya 24 tahun.. hanya linangan air mata peneman saya..dan berdoa pada Allah tak putus2.. semuanya masih tersimpan dalam lipatan ingatan ini..

Segalanya bermula ketika kelahiran anak pertama saya Muaz pada 12 Mac 2003 hari Rabu secara ceaserian di Hospital Besar Alor Setar...selama seminggu tanpanya dia di sisi saya kerana jaundice yang teruk.. kemudian dapat result darahnya yang Muaz positif G6PD( kekurangan sejenis enzim yang menyebabkan sel darah merah cepat pecah).. namun saya tidaklah cuak sangat sebab anak saudara saya jugak +G6PD dan saya tahu pantang larangnya.. 10 hari Muaz di hospital, kemudian kami minta kebenaran doktor untuk dibawa pulang..hanya sehari sahaja di kampung, nurse yang datang membuat lawatan ke rumah meminta kami membawa baby ke hospital semula kerana tahap bribulinanya yang masih tinggi... Berkampunglah saya beberapa hari di hospital... kesian kan tengok baby yang ditutup mata, hanya pakai dypers terbaring di bawah suluhan lampu... tapi tak pa... demi kesihatan anak2.. kalau tahap bribulina tinggi ada yang sampai kena tukar darah, dan ada jugak merebak sehingga ke otak menyebabkan kecacatan anak seumur hidup... wal'iyazubillah...

akan bersambung.....

nanti saya nak ceritakan Muaz ada masalah jantung, kena jangkitan kuman pada paru2..kemudian kami kena pegi IJN...nak kena buat operation...RM12 ribuuuuuuuuuuu...
semunya kenangan dan tarbiyah daripada Allah....
Continue Reading...

Sunday, July 19, 2009

Selamat Hari Lahir anak2 mama...

Assalamualaikum


Sejak awal bulan Julai Muaz dan Ammar asyik2 menghitung tarikh dan hari... sebabnya...nak kek.. Tanggal 18 Julai genaplah Ammar umur 4 tahun, dan 20 Julai genap adik Anas setahun..."Ammar umur 4 tahun taknak nakal2 lagi..." itu janji Ammar..hmm bukan apa..sebab selalu kena marah dengan mama..kadang2 hinggap jugak rotan ke betisnya..

Pernah jugak Ammar merungut.."Mama selalu marah2 Ammar..." Saya membalasnya " kalau Ammar tak nakal2, mama tak marah laa.." "ok Ammar tak nak nakal2 lagi..." tapi itulah janji2 manisnya..

Membesarkan anak ke-2 ni lain cabarannya..ramai saudara mara dan rakan2 sekerja menceritakan feel2 dan cerita-ceriti tentang anak kedua mereka..yang dikatakan ' 2nd child syndrom' pernah diperbincangkan dalam Wanita Hari Ini pada satu ketika dulu...

Walaupun nakal, anak kedua tetap bijak, otaknya pantas berfikir mencari helah2 dan mencipta seribu alasan agar tidak dimarahi apabila dia buat salah dan apabila menghendaki sesuatu.. sesuatu barang pasti menjadi miliknya apabila berlaku perebutan dengan abangya..kalau bergaduh dialah yang menang... walaupun diajak belajar iqra' dan ABC secara baik, pelbagai alasan dicipta.. laparlah.. mengantuk lah...lenguh la.. hanya mampu bertahan 5 minit sahaja..kalau mengadap Ben10, Ultraman, Transformer berjam2 pun tak lapar..tak ngantuk... Ammar..Ammar..lepas ni mama nak guna sistem paksaan rasanya...

Adik Anas pulak...belum tahu apa feelnya...sejak kebelakangan ni Anas asyik nak dengan abah ja.. nak makan, nak mandi, nak susu, nak tido hatta nak pakai dypers pun nak dengan dengan abah..bak kata orang kedah mama ni 'tak laku sekupang pun' bila abah ada di rumah..huhu..dia merajuk la agaknya bila mama nak dapat baby lagi...

SELAMAT HARI LAHIR untuk anak2 mama tersayang..mama sayang semua..mama tak beza2 kasih dan sayang ditumpahkan untuk semua..mama marah tandanya mama sayang... nak didik anak2 mama supaya berdisiplin, taat pada mama abah dan yang penting taat pada Allah dan menjadi anak2 yang soleh...











Anas umur setahun belum ada gigi..


Muaz selau tanya "Mama, muka adik Anas sama dengan Muaz tak?"


"Ammar taknak nakal2 lagi..."

Continue Reading...
 

~NajMie1422~ Kita Mulia Kerana ISLAM Copyright © 2009 Summer cloud is Designed by Bie also edited by Haqieart